Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Rabu, 26 Ogos 2009

Resepi | Trifle




Bahan-bahan:

  1. 1 Bungkus kek swiss roll.
  2. 1 Kotak agar-agar segera (Lady's Choice) perisa strawberry.
  3. 1 Tin fruit cocktail.
  4. 2 Sudu besar tepung kastard.
  5. 3 Sudu besar gula.
  6. 3 Cawan susu segar.

Cara membuat:

  1. Campurkan tepung kastard, gula & susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. Angkat dan biar sejuk.
  2. Potongkan kek swiss roll dan susun kedalam bekas.
  3. Ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
  4. Tuangkan kastard tadi keatas kek sehingga rata.
  5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tadi.
  6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
  7. Masukkan kedalam peti sejuk.


Khamis, 20 Ogos 2009

Resepi : Asam Rebus Keladi

Bahan-bahan:

  1. 500 gm batang keladi & ubi keladi (disiat kulitnya dan dipotong-potong).
  2. Belimbing buluh (bahan tambahan).
  3. Air secukupnya .
  4. Garam (secukup rasa).
  5. 5 keping asam keping .


Bahan kisar:


  1. 5 ulas bawang merah.
  2. 2 ulas bawang putih.
  3. 10 biji cili kering.
  4. 1 1/2 inci lengkuas.
  5. Kunyit serbuk atau 1 1/2 inci kunyit hidup.
  6. Segenggam ikan bilis ( boleh juga ditukarkan kepada udang kering/ udang basah/ ikan kering).


Cara membuatnya:


  1. Rebus batang keladi & ubi keladi selama 15 minit.
  2. Buang air rebusan tadi & toskan.
  3. Masukkan semua bahan kisar + air + belimbing buluh + asam keping ke dalam periuk dan masak sehingga kuah mendidih .
  4. Masukkan batang keladi bersama isinya(kalau ada isi).
  5. Masukkan garam.
  6. Hidangkan bersama nasi putih & ikan kering goreng.

Resepi : Asam Pedas Tempoyak Pari




Bahan-bahan:


1 kg ikan pari.

2 btg serai.

5 helai daun limau purut.

2 ulas bawang putih (dikisar).

2 ulas bawang merah (dikisar).

15 tangkai cili kering (dikisar).

1 ulas bunga kantan.

5 keping asam keping.

3 cawan air.

4 sudu besar tempoyak.

Garam & bahan perasa (secukup rasa).



Cara membuat:



1. Tumiskan semua bahan yang dikisar, bunga kantan,asam keping & daun limau purut, masak sehingga agak kuning.

2. Masukkan air & tempoyak.Biarkan sampai mendidih.

3. Tambahkan garam & serbuk perasa secukup rasa. (Jika suka, boleh tambah sedikit gula).

4. Masukkan bendi, biarkan sampai empuk.

5. Masukkan ikan pari, biarkan sampai ikan lembut & mendidih.

6. Sedia dihidang.

Resepi : Acar Telur Puyuh





Bahan-bahan:


20 biji telur puyuh (rebus & goreng sehingga garing).

3 sudu besar cili mesin.

10 biji bawang kecil (biarkan bulat ).

5 ulas bawang merah ( dimayang).

3 ulas bawang putih.
( dimayang).

1 inci halia.
( dimayang).

1 sudu besar cuka.

1 sudu besar gula.

1 sudu besar lobak asin (dipotong kecil).

3 sudu besar minyak.

Sedikit kismis.

Sedikit bijan (digoreng tanpa minyak).

Garam (secukup rasa).



Cara membuat:



1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mayang sehingga layu.


2. Masukkan cili dan kacau rata .Bila sudah naik minyak, masukkan gula dan cuka.

3. Masukkan semua bahan yang lain dan kecilkan api.


4. Biarkan reneh sehingga pekat.Sejukkan.


5. Bila menghidang, taburkan sedikit bijan.

Resepi : Acar Buah




Bahan-bahan:


1/2 kg buah campur ( kismis hitam/kuning, prune, aprikot, mangga jeruk, kurma, lobak asin.. dipotong kecil).

Sedikit cili api jeruk (jika suka).

Belimbing kecut (belimbing yang telah di jerukkan dan dijemur).

Jeruk limau.


Bahan dimesin halus:

1/2 kg bawang kecil.

10 ulas bawang putih.

10 cm halia.

100 gm cili kering.

3 sudu besar rempah kari ikan (goreng tanpa miyak).

1/2 kg minyak.

1/2 kg gula pasir.

1 botol kecil cuka.

1/2 cawan bijan (goreng tanpa minyak).


Cara membuat:


1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah dimesin halus sehingga naik minyak dan wangi garing.

2. Masukkan gula dan cuka dan renehkan sehingga naik minyak lagi.

3. Masukkan semua buah campur & cili api jeruk dan masakkan lagi sehingga pekat.

4. Sejukkan dan kemudian masukkan ke dalam bekas kering.

5. Bila nak dihidangkan baru taburkan bijan.


Nota tambahan:

Sebagai pembuka selera semasa bersahur di bulan puasa.