Khamis, 20 Ogos 2009

Resepi : Asam Pedas Tempoyak Pari




Bahan-bahan:


1 kg ikan pari.

2 btg serai.

5 helai daun limau purut.

2 ulas bawang putih (dikisar).

2 ulas bawang merah (dikisar).

15 tangkai cili kering (dikisar).

1 ulas bunga kantan.

5 keping asam keping.

3 cawan air.

4 sudu besar tempoyak.

Garam & bahan perasa (secukup rasa).



Cara membuat:



1. Tumiskan semua bahan yang dikisar, bunga kantan,asam keping & daun limau purut, masak sehingga agak kuning.

2. Masukkan air & tempoyak.Biarkan sampai mendidih.

3. Tambahkan garam & serbuk perasa secukup rasa. (Jika suka, boleh tambah sedikit gula).

4. Masukkan bendi, biarkan sampai empuk.

5. Masukkan ikan pari, biarkan sampai ikan lembut & mendidih.

6. Sedia dihidang.

Tiada ulasan: