
Bahan-bahan:
1/2 kg buah campur ( kismis hitam/kuning, prune, aprikot, mangga jeruk, kurma, lobak asin.. dipotong kecil).
Sedikit cili api jeruk (jika suka).
Belimbing kecut (belimbing yang telah di jerukkan dan dijemur).
Jeruk limau.
Bahan dimesin halus:
1/2 kg bawang kecil.
10 ulas bawang putih.
10 cm halia.
100 gm cili kering.
3 sudu besar rempah kari ikan (goreng tanpa miyak).
1/2 kg minyak.
1/2 kg gula pasir.
1 botol kecil cuka.
1/2 cawan bijan (goreng tanpa minyak).
Cara membuat:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah dimesin halus sehingga naik minyak dan wangi garing.
2. Masukkan gula dan cuka dan renehkan sehingga naik minyak lagi.
3. Masukkan semua buah campur & cili api jeruk dan masakkan lagi sehingga pekat.
4. Sejukkan dan kemudian masukkan ke dalam bekas kering.
5. Bila nak dihidangkan baru taburkan bijan.
Nota tambahan:
Sebagai pembuka selera semasa bersahur di bulan puasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan