Rabu, 26 Ogos 2009

Resepi | Trifle




Bahan-bahan:

  1. 1 Bungkus kek swiss roll.
  2. 1 Kotak agar-agar segera (Lady's Choice) perisa strawberry.
  3. 1 Tin fruit cocktail.
  4. 2 Sudu besar tepung kastard.
  5. 3 Sudu besar gula.
  6. 3 Cawan susu segar.

Cara membuat:

  1. Campurkan tepung kastard, gula & susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. Angkat dan biar sejuk.
  2. Potongkan kek swiss roll dan susun kedalam bekas.
  3. Ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
  4. Tuangkan kastard tadi keatas kek sehingga rata.
  5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tadi.
  6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
  7. Masukkan kedalam peti sejuk.


Khamis, 20 Ogos 2009

Resepi : Asam Rebus Keladi

Bahan-bahan:

  1. 500 gm batang keladi & ubi keladi (disiat kulitnya dan dipotong-potong).
  2. Belimbing buluh (bahan tambahan).
  3. Air secukupnya .
  4. Garam (secukup rasa).
  5. 5 keping asam keping .


Bahan kisar:


  1. 5 ulas bawang merah.
  2. 2 ulas bawang putih.
  3. 10 biji cili kering.
  4. 1 1/2 inci lengkuas.
  5. Kunyit serbuk atau 1 1/2 inci kunyit hidup.
  6. Segenggam ikan bilis ( boleh juga ditukarkan kepada udang kering/ udang basah/ ikan kering).


Cara membuatnya:


  1. Rebus batang keladi & ubi keladi selama 15 minit.
  2. Buang air rebusan tadi & toskan.
  3. Masukkan semua bahan kisar + air + belimbing buluh + asam keping ke dalam periuk dan masak sehingga kuah mendidih .
  4. Masukkan batang keladi bersama isinya(kalau ada isi).
  5. Masukkan garam.
  6. Hidangkan bersama nasi putih & ikan kering goreng.

Resepi : Asam Pedas Tempoyak Pari




Bahan-bahan:


1 kg ikan pari.

2 btg serai.

5 helai daun limau purut.

2 ulas bawang putih (dikisar).

2 ulas bawang merah (dikisar).

15 tangkai cili kering (dikisar).

1 ulas bunga kantan.

5 keping asam keping.

3 cawan air.

4 sudu besar tempoyak.

Garam & bahan perasa (secukup rasa).



Cara membuat:



1. Tumiskan semua bahan yang dikisar, bunga kantan,asam keping & daun limau purut, masak sehingga agak kuning.

2. Masukkan air & tempoyak.Biarkan sampai mendidih.

3. Tambahkan garam & serbuk perasa secukup rasa. (Jika suka, boleh tambah sedikit gula).

4. Masukkan bendi, biarkan sampai empuk.

5. Masukkan ikan pari, biarkan sampai ikan lembut & mendidih.

6. Sedia dihidang.

Resepi : Acar Telur Puyuh





Bahan-bahan:


20 biji telur puyuh (rebus & goreng sehingga garing).

3 sudu besar cili mesin.

10 biji bawang kecil (biarkan bulat ).

5 ulas bawang merah ( dimayang).

3 ulas bawang putih.
( dimayang).

1 inci halia.
( dimayang).

1 sudu besar cuka.

1 sudu besar gula.

1 sudu besar lobak asin (dipotong kecil).

3 sudu besar minyak.

Sedikit kismis.

Sedikit bijan (digoreng tanpa minyak).

Garam (secukup rasa).



Cara membuat:



1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mayang sehingga layu.


2. Masukkan cili dan kacau rata .Bila sudah naik minyak, masukkan gula dan cuka.

3. Masukkan semua bahan yang lain dan kecilkan api.


4. Biarkan reneh sehingga pekat.Sejukkan.


5. Bila menghidang, taburkan sedikit bijan.

Resepi : Acar Buah




Bahan-bahan:


1/2 kg buah campur ( kismis hitam/kuning, prune, aprikot, mangga jeruk, kurma, lobak asin.. dipotong kecil).

Sedikit cili api jeruk (jika suka).

Belimbing kecut (belimbing yang telah di jerukkan dan dijemur).

Jeruk limau.


Bahan dimesin halus:

1/2 kg bawang kecil.

10 ulas bawang putih.

10 cm halia.

100 gm cili kering.

3 sudu besar rempah kari ikan (goreng tanpa miyak).

1/2 kg minyak.

1/2 kg gula pasir.

1 botol kecil cuka.

1/2 cawan bijan (goreng tanpa minyak).


Cara membuat:


1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah dimesin halus sehingga naik minyak dan wangi garing.

2. Masukkan gula dan cuka dan renehkan sehingga naik minyak lagi.

3. Masukkan semua buah campur & cili api jeruk dan masakkan lagi sehingga pekat.

4. Sejukkan dan kemudian masukkan ke dalam bekas kering.

5. Bila nak dihidangkan baru taburkan bijan.


Nota tambahan:

Sebagai pembuka selera semasa bersahur di bulan puasa.


Isnin, 17 Ogos 2009

Honeymoon... part 3








Langkawi... salah satu pulau di Malaysia yang terkenal dengan barangan bebas cukai (duty free) & tempat perlancongan yg cantik.Pulau Langkawi juga lebih dikenali dengan nama Pulau Lagenda.





Dataran Lang atau dikenali Eagle Square di Kuah tempat terletaknya statue burung helang gergasi yang setinggi 12 meter.Khabarnya nama Langkawi sendiri berasal dari burung helang. 'Lang' bermakna 'helang' & 'kawi' bermakna 'merah kecoklatan'.




Supermarket bebas cukai paling besar di Langkawi ni ialah Langkawi Fair.Hanya 10 minit perjalanan dari Dataran Lang.Walaupun barang2 cenderamata kat sini banyak,
tapi takde yang berkenan dihati.(window shopping pun dah ambik masa 3 jam).





Satu lagi Supermarket bebas cukai yang terkenal disini ialah Langkawi Parade. Langkawi Parade ni terletak di tengah2 bandar Kuah.So, masalah utama kat Langkawi Parade ni parking.






Aduss..Malangnye nasib.Time aku & hubby melawat Taman Lagenda, Taman ni ditutup untuk kerja2 baik pulih.Mungkin masa korang datang nanti,mungkin dah siap.. dah cantik
.




Camne pic udang besar kat atas tu? rase2 kalu bakar,ramai mane boleh makan?heheheh...



Jangan jealous.... banyak x coklat?..heheheh.. ni semua buah tangan .Pic ni diambil 1 jam sebelum berlepas balik ke Penang..

Ahad, 16 Ogos 2009

Honeymoon... part 2










hai..hai..hai....ni gambar aku n hubby..masa ni kitorang dekat UNDERWATER WORLD..best jugak masuk kat dalam ni.Bayaran untuk masuk sekarang ni rm 28.00 per person.X mcm dulu,mak kate masa dia pergi 5 tahun lepas (tahun 2004), bayaran masuk cuma rm 16.00 per person .












Macam2 haiwan dapat dilihat kat sini.Binatang yang x pernah tengok pun ada jugak..
Umm..kat sini ikan die besar2 giler..aku x brape tau sangat name ikan2 ni.. tau makan ada ler ...kih.. kih.. kih.. urm.. nasib baik tempat ni x leh pancing ikan..kalu x, eeeeee(habis ikan ni aku bawak balik kat dungun) buleh ler jugak aku buat ikan bakar..cicah budu,tambah pulak petai .Mesti menjilat jari la... hua.. hua..












Kat atas ni gambar aku & si pari.Kalau ikan pari ni buat ikan bakar,confirm boleh jemput satu kampung makan ikan pari ni.. hua..hua... Inilah 1st time aku tengok ikan pari sebesar ni dengan mata aku sendiri.Selain ikan2 yang besar, kat Underwater World ni ade jugak haiwan2 laut yang kecil2 tapi comel2...



Salah satu kenangan di Langkawi yang takkan aku lupakan, ketika melalui terowong kaca di UnderWater World,berpuluh-puluh penguin berenang diatas kepala kami.Ianya satu permandangan yang mengasyikkan. My hubby cuba ambik gambar,tapi dah x sempat.



Walaupun namanya Underwater World,tapi kat sini ade gak haiwan2 yg hidup bukan dalam air, nak tau pebende?Ade mase,ade ongkosnye, datang la sendiri ke UnderWater World.

Sabtu, 15 Ogos 2009

Honeymoon... part 1






1st honeymoon at Langkawi dari 29 July~31 July 2009.Trip ke Langkawi ni hanya di plan 2 hari sebelum bertolak disebabkan plan asal honeymoon ke Genting Highland cancelled atas sebab2 yg x dapat dielakkan. Itu lah 1st time kami suami isteri naik feri.Mulanya bimbang jugak lah..bimbang mabuk laut.Perjalanan dari Penang ke Pulau Langkawi mengambil masa 3 jam (tambang utk 2org dah rm230.00).

Tapi Alhamdulillah...perjalanan kami lancar.xde perkara yg x diingini berlaku.Di dalam feri,kelihatan ramai pelancong asing terutamanya pelancong dari Arab.Kami tiba di terminal feri Kuah,Langkawi lebih kurang pukul 11 pagi.Kami terus menuju ke tempat kereta sewa.Honda City 2009 menjadi pilihan hati dgn bayaran rm150 untuk 24 jam.(warghh...rm300 untuk 3 hari 2 mlm).

Maka bermula lah perjalanan kami mencari tempat penginapan.X sampai pun 5 minit memandu,kami tersesat tapi pandai pulak suami aku control macho.Dia buat2 tau je kemana arah tuju kami . Perjalanan yg sepatutnya 45 minute ke hotel menjadi 3 jam.